Bonekaku


Selasa, 19 Juni 2012

Tips Memilih Pakaian Sesuai Bentuk Tubuh

Wanita tetaplah wanita. Sisi feminim mereka pasti tampak, meski dalam kesehariannya selalu tampil cuek berpakaian ataupun bergaya bak  tomboy. 

Dari sekian banyaknya model pakaian, ternyata dress yang membuat wanita menjadi lebih feminim. Berikut tips memilih warna dan corak baju sesuai bentuk tubuh:

1. Badan gempal dan rendah
Badan begini sesuai dengan baju berwarna gelap, corak garis menegak atau corak bunga kecil.  Elakkan dari memakai skirt labuh yang kembang kerana akan menampakkan lebih rendah dan gempal.

2. Badan gempal dan tinggi 
Individu seperti ini lebih sesuai dengan baju yang berwarna gelap juga serta corak bunga yang kecil. Corak bunga yang besar akan menampakkan lagi kegempalan individu  tersebut.

3. Badan kurus dan rendah
Orang seperti ini sesuai dengan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Bagi memperlihatkan dirinya. Corak garis menegak sesuai dipadankan supaya nampak lebih tinggi. Jika ditambah dengan kasut bertumit tinggi dapat membantu menambah ketinggian serta kedewasaan.

4. Badan kurus dan tinggi
Penampilan baju yang sesuai ialah warna yang cerah dan corak melintang serta bunga baju yang besar supaya mengurangkan dia dilihat terlalu kurus. Corak yang melintang dan besar dapat memperlihat  bahawa individu tersebut lebih gempal.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar